Tuesday, November 29, 2016

Akhirnya tinta itu bergerak semula.Terasa agak lama tidah cuba untuk memuat naik sebarang perkhabaran hingga lah ke saat ini.

Sunday, August 21, 2011

Keluhan itu..

Semakin hari semakin ramai kelihatannya ibu ibu mengandung berada di sekeliling saya.
Seperti makin terasa betapa saya terlalu "desperate" untuk menjadi salah seorang dari mereka.
Alangkah mudahnya jika saya hanya perlu berada di sekitar mereka dan ianya memberi aura kepada saya.
Seorang demi seorang teman ke arah itu.Terdetik rasa dihati bila waktu untuk diri ini , adakah lama lagi masanya tiba atau tanpa sedar ianya tiba..

Sunday, February 13, 2011

kesakitan itu

sudah agak lama rasanya saya meninggalkan page ini
baru sedari ini saya memulakan semula setelah perjalanan jauh yang harus saya tempuh
seorang teman baik sedang mengalami sakit gigi.
kedengaranya seperti biasa sekali
tapi pada mereka yang pernah mengalaminya ia bukan sekadar kesakitan..ia juga membawa segala
keresahan,kepedihan,kekalahan dan segalanya yang berubsurkan kesedihan dan kemalapan..pada saya.
pada mu teman saya hanya mampu berdoa agar sigigi itu cepat melangsaikan hutangnya agar teman saya itu kembali ceria..

Friday, November 19, 2010

Kasih sayang

perkataan kasih itu sangat luas prospeknya.
kasih itu sendiri menggambarkan betapa luasnya erti sebenar.
haruska ia di pertonjolkan dari pelbagai sudut atau hanya disimpan sebagai tanda privasi untuk empunya nya
atau harus kah ia di canag serata alam bagi pengumuman yang kita punya kasih

kasih dan sayang itu sentiasa digambarkan pada yang indah yang sentiasa membuatkan hati ceria berlagu gumbira
ia yang bisa membuat senyummu terukir sentiasa..
kasih yang terbayang mengembirakan.
tidak kira lah apa erti kasih pada kita sebagai yang merasanya.yang penting pada setiap insan kasih itu didatangkan pakej pada diri..

pengorbanan

pengorbanan memang mudah menyebut dari melaksanakannya

hari ini hari yang amat meresahkan apabila si budak kecik membuat pengumuman untuk tidak menduduki hari pentingnya..
apalah dunia buat ia yang masih kecil di mata ku itu untuk bekalan di hari datang
kenapalah cetek benar pemikiran mu ni kecik...
apa dunia ini tidak pernah adil pada mu..